Sunday, July 15, 2012

Makan apa?

Sering juga aku pening kepala memikirkan nak makan apa untuk memenuhi rintihan perut ku yang lapar ini. Terlalu banyak pilihan jenis makan di negara kita Malaysia yang berbilang keturunan Melayu, Cina , India, Iban dll (bangsa cuma ada satu jer bangsa Malaysia) lebih mememeningkan kepala.

Perkara yang lebih memeningkan kepala adalah harga makanan yang semakin melampau dan tak masuk akal. Bukan aku ni berkira pasal nak bayar makanan tapi seringkali aku menghadapi dilema harga makanan yang lansung tak berpatutan. sebagai contoh semalam aku terpaksa membayar RM 17 untu nasi putih berlaukan  se ekor ikan kembung goreng dan seketul daging rendang di sebuah "food court" pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Terdetik dalam  hati kecil ku, betapa peniaga makanan tersebut telah mengauh keuntungan berpuluh kali ganda dari kos sebenar. Sekiranya benar maka aku mengharamkan duit yang aku bayar tersebut dan aku berdoa agar perniaga tersebut tidak akan hidup senang di dunia mahupun di akhirat.

sekadar ingin berkongsi rasa......

No comments: